SURABAYA, radar-x.net – Seorang anak tidak tahan menanggung rindu, akhirnya ia menggali semula kubur ibunya dan membawa pulang jenazahnya yang baru dikebumikan 40 hari lalu.
Dikutip dari tribunews.com, menurut Amin warga setempat, kubur bernama Allahyarhamah Sumarto(70) digali oleh anaknya, Nasir(45), di kampung Desa Batur, Kecamatan Gading, pada Senin (7/10/19) lalu, di lokasi tanah perkuburan Desa Kedungsumur, Pakuniran.
“Nasir menggali kubur ibunya seorang diri dan mengusung jenayah ibunya sebelum dibawa pulang ke rumahnya. Bagi mengelak orang kampung mengetahuinya, dia mengusung jenazah ibunya di dalam guni dan dibawa pulang ke rumah selama dua hari,” katanya Amin kepada awak media.
Bagaimanapun, perbuatan Nasir itu terbongkar apabila kakaknya, Sul mengetahui dan memujuknya untuk membawa semula jenazah ibu ke kubur.
Sementara, Jurucakap polis Pakuniran berkata, lelaki itu dipercayai mengalami tekanan jiwa selepas ibunya meninggal dunia.
“Siasatan mendapati, anak ketiga dari empat beradik itu mengakui melakukan perbuatan itu kerana terlalu rindukan ibunya. Dia menggali kubur itu seorang diri tanpa pengetahuan sesiapa malah lokasi kubur itu jarang dilalui penduduk,” katanya.
Pada awalnya, kejadian itu tidak diketahui oleh penduduk sehingga video durasi 2 menit memaparkan Nasir mengebumikan semula jenazah ibunya pada Minggu lalu, dan viral di media sosial. (Ali)














